SUP CENDAWAN

Dah lama tak makan cendawan, iaitu sejak pregnant anak ketiga.. Langsung tak suka cendawan.. Sekarang anak saya dah hampir setahun, alhamdulillah saya dah boleh makan cendawan semula.. Cendawan tiram ni lebih sedap jika dicampur ke dalam sup gear box atau sup ayam, tapi memandangkan lauk untuk makan malam ni dan cukup, saya campurkan sayur-sayuran lain dan dimasak sup.

SUP CENDAWAN

Bahan-bahan
1 mangkuk kecil cendawan tiram (saya pilih yang kecil2)
1 paket jagung muda, dibelah2
1 batang karot kecil, hiris nipis
1/2 batang celeri, hiris nipis
1 biji lada hijau
1 biji telur ayam

2 ulas bawang putih, dimayang
1/2 biji bawang merah besar, dimayang
minyak untuk menumis
maggi cukup rasa dan lada sulah
air secukupnya untuk kuah

Cara-cara
Panaskan minyak, tumiskan bawang2 yang dimayang, masukkan telur, kacau hingga telur hancur. Kemudian tambahkan air secukupnya untuk kuah diikuti dengan maggi cukup rasa serta lada sulah. Apabila mendidih, masukkan semua-sayuran diakhiri cendawan. Sesuaikan rasa dan padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba..

UDANG SAMBAL TOMATO

Salah satu menu untuk dinner malam ini ialah udang masak sambal tomato. Semalam saya ke pasar, ternampak udang harimau yang segar2, apa lagi terus beli satu kilo... Biasanya udang sedap dimasak sambal atau dibuat gulai kunyit lengkuas... selain itu saya goreng kunyit atau goreng kari...tetapi hari ini saja mengubah selera.. saya masak sambal tomato... Resipinya mudah saja...

UDANG SAMBAL TOMATO

Bahan-bahan
10 ekor udang harimau, bersihkan dan gaul sedikit garam kunyit, kemudian digoreng sebentar.
1/2 biji bawang besar, dipotong bulat
1/2 biji lada hidup, dihiris-hiris
1 biji tomato, dibelah 6
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
1 biji perahan limau kasturi
2 biji bawang putih, dihiris halus
Daun salad dan timun untuk hiasan

Bahan-bahan untuk dikisar
2 biji cili padi
3 biji lada merah
3 ulas bawang putih
1 biji buah tomato

Cara Membuatnya
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih yang dihiris hingga kekuningan. Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis hingga garing dan naik minyak. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan udang yang telah digoreng, air limau kasturi dan hirisan bawang besar, lada hidup dan tomato. Kacau rata dan sesuaikan rasa. Sedia untuk dihidangkan. Hiaskan dengan timun dan daun salad ketika menghidang. Sajikan dengan nasi putih dan lauk pauk kegemaran yang lain.

Selamat mencuba.

30 October 2010

NASI AYAM


Sepanjang siang hari ini, saya tak masak..... hehehe, makan tengahari mee maggi jer. Lagipun suami kerja shif pagi.. jadi, saya dan anak2 cuma bersarapan biskut dan tengahari makan mee maggi je... Untuk makan malam, menunya spesial sket, tapi ringkas saja iaitu nasi ayam..

Nasi ayam adalah feveret kami sekeluarga.. Tapi kalau makan di luar, kami tak suka order nasi ayam sebab selalu tak menepati citarasa...

Saya belajar masak nasi ayam ini dengan kawan ummi, saya panggil dia Mak Ngah..memang sedap nasi ayam dia.. Sebelum ni dah cuba macam2 versi nasi ayam...semuanya tak kena dengan selera....Thankyou Mak Ngah.. Jasamu akan kukenang sepanjang hayat...Bahan-bahan untuk ayam
1 ekor ayam, dicuci bersih, tapi jangan dipotong
1 inci halia, diketuk
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji bawang besar, dibelah 4
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
sedikit minyak bijan
sedikit kicap cair
sedikit madu
1 batang seleri, dihiris nipis
1 pokok daun sup, dihiris halus (saya lebih suka guna daun ketumbar, tapi dah kehabisan stok)
minyak untuk menggoreng secukupnya

Ulam-ulaman
Daun salad, timun dan tomato

Bahan-bahan untuk sos (dikisar halus)
5 biji cili merah
5 biji cili padi (saya saja tambah sebab lebih suka pedas)
5 ulas bawang putih
2 1/2 inci halia muda
garam, gula secukup rasa
beberapa titis minyak bijan
2 biji limau nipis, ambil airnya

Bahan-bahan untuk nasi
4 pot beras siam, dicuci bersih dan toskan
4 pot air rebusan ayam
4 sudu marjerin
4 biji bawang putih, dicincang halus
1cm halia, dicincang halus
1 biji bawang besar, dicincang halus
garam secukup rasa
2 helai daun pandan, disimpulkan
beberapa titis minyak bijan

Cara-cara Membuatnya
Didihkan air secukupnya, masukkan halia dan bawang putih. Masukkan ayam dan rebus ayam hingga masak, kira2 40 minit. Keluarkan ayam dan toskan. Air rebusan diasingkan sebanyak 4 pot untuk memasak nasi. Selebihnya adalah untuk sup.

Gaulkan ayam dengan garam, madu dan minyak bijan. Perap 20 minit. Kemudian goreng dalam minyak terendam hingga kekuningan. Potong kecil2 sebelum dihidangkan. Renjiskan sedikit kicap cair.

Cara memasak nasi
Cairkan marjerin, tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia hingga kekuningan. Masukkan beras dan kacau hingga sebati dan ringan. Tuangkan air rebusan secukupnya, masukkan garam dan daun pandan. Masak hingga mendidih dan kering airnya. Apabila nasi telah kering, titiskan minyak bijan. Kemudian kecilkan api selama 15 minit. Apabila nasi telah masak, bolehlah dikarih2 untuk peroikan nasi.

Cara menyediakan sup
Didihkan air rebusan ayam, tambah garam, serbuk perasa dan lada sulah. Masukkan juga hirisan seleri. Sesuaikan rasa dan angkat. Taburkan hirisan daun sup ketika menghidang.

Hidangkan nasi ayam dengan ayam goreng, sup, sos cili dan ulam-ulaman timun, daun salad dan tomato.

Selamat mencuba

BUBUR BARLI CAMPUR PISANG

Hari ini, saya cuba masak bubur barli campur pisang.. Niat awal nak buat hidangan petang, tapi merebus barli ni lambat pula nk kembang.. Maka jadilah hidangan pencuci mulut selepas makan malam..

Sebenarnya dah lama beras barli ni saya beli, selalunya masak untuk buat air sahaja.. tapi selalunya barlinya tak dimakan, jadi kali ni saya cuba masak bubur pula... Resipinya agak2 saja, macam masak bubur lain...

BUBUR BARLI CAMPUR PISANG

Bahan-bahan
1 cawan barli, dicuci bersih
Air secukupnya
2 helai daun pandan, disiat2 dan disimpulkan
5 sudu gula pasir
secubit garam
1 cawan susu cair
3 biji pisang nangka (pisang tanduk atau pisang nipah pun sedap)

Cara Membuatnya
Barli direbus dengan air secukupnya hingga kembang dan lembut. Campurkan secubit garam dan gula secukup rasa. Masukkan juga daun pandan, susu cair dan juga pisang. Apabila pisang telah lembut, bolehlah dipadamkan api. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba

29 October 2010

SPAGHETTI KUAH TOMATO

Malam ini, makan malam yang cukup ringkas.. Spaghetti kuah tomato.. Sebenarnya dah dekat 3 bulan spaghetti tu terbiar kt dalam almari dapur..plan asal nak masak laksa johor, tetapi laksa dah tinggal laksa.. Selalu terlupa.. Jadi, untuk mengelakkan spaghetti tu expired, jadilah makan malam untuk malam ni..

Saya tidak ikut mana2 resipi spaghetti sebab suami dan anak2 tak suka citarasa omputih.. Takde guna sos preggo ke leggo ke...cuma gantikan dengan puree tomato dan buah tomato segar.. ikut selera mereka lah..
Bahan-bahan

1/2 paket spaghetti (500gm), direbus al-dente (kata omputeh), kemudian bilas dengan air sejuk, toskan
Mozarella cheese yang telah diparut - jika suka

KUAH TOMATO

Bahan-bahan A
6 biji tomato, dipotong dadu
1 tin kecil tomato puree
1 tin susu cair atau susu UHT
sedikit oregano
1 1/2 sudu besar lada hitam (ikut citarasa, boleh ditambah atau dikurangkan)
4 sudu minyak zaitun
2 biji bawang besar, dicincang
4 biji bawang putih, dicincang
300 gm isi ayam, dipotong kecil
250 gm udang hidup, buang kepala dan kulit, belah belakang
1 batang karot, dipotong bulat
1 batang celeri, dihiris nipis
1 batang leek, dihiris nipis
1 mangkuk cendawan tiram putih, dihiris halus (boleh ganti dengan cendawan butang)
1 kiub stock ayam/daging
garam dan serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan B
3 sudu tepung gandum
3 sudu mentega/buttercup
1 cawan air

Cara membuatnya.

Mula-mula sediakan bahan B. Cairkan mentega/buttercup didalam kuali. Masukkan tepung gandum dan kacau sampai pekat. Tuangkan 1 cawan air perlahan-lahan dan kacau sampai pekat. Ketepikan.

Dalam kuali lain, panaskan minyak zaitun, masukkan bawang besar dan kacau sampai bawang layu. Kemudian, masukkan bawang putih. Bila bawang putih telah layu, masukkan isi ayam. Bila isi ayam telah berubah warna, masukkan tomato puree, tomato yang dipotong dadu, lada hitam, oregano dan serbuk perasa. Tambahkan air secukupnya untuk kuah dan kiub stok ayam/daging. Masak sampai mendidih, baru dimasukkan karot, leek dan celeri. Akhir sekali, baru dimasukkan udang, cendawan dan bahan-bahan B yang disediakan tadi. Masak sampai pekat dan sesuaikan rasa. Bolehlah dihidangkan dengan spaghetti.

nota : untuk lebih sedap lagi, tambahkan satu tin tuna yang dihancurkan dan juga keju parut.

Selamat mencuba..

JEMPUT-JEMPUT UDANG GERAGAU

Jemput-jemput udang geragau ni, menu sarapan pagi semalam.. Tapi kerana masa yang terhad, baru hari ini dapat dipostkan ke sini.. Biasanya saya buat jemput-jemput ikan bilis, tp kebetulan masa berbelanja di RedMart, Kota Masai, ternampak la udang geragau ni.. apalagi terus beli lah.. Biasa dok makan jemput-jemput ni, kawan ofis yang buat, kali ini dah ada bahan, saya buatlah sendiri.. Thankyou Kak Zie.. yummy.. yummy..

Bahan-bahannya
1 mangkuk udang geragau segar, dicuci bersih dan toskan.
1 mangkuk tepung gandum
1 genggam nasi, dikisar halus dengan air suam
2 labu bawang besar, dicincang halus
1 ikat daun kucai, jika suka (saya tak taruk sebab anak2 tak suka)
1 biji lada hijau, cincang halus (tak taruk juga)
garam secukup rasa
1/4 sudu teh baking powder
air suam secukupnya.


Cara-cara
Campur semua bahan dan perap sebentar. Panaskan minyak, gorengkan adunan jemput-jemput hingga kekuningan. Hidangkan panas2 dengan sos kegemaran, sambal tumis atau kuah kari.

Penggunaan nasi dalam adunan adalah untuk melembutkan jemput-jemput.

Selamat mencuba

26 October 2010

TEMPE SAMBAL @ SIRA PEDAS..


Walaupun saya bukan orang Johor/Jawa..tapi saya cukup gemar makan tempe.. terutamanya tempe goreng atau tempe sira pedas.. Boleh dikatakan, setiap hari saya makan tempe... Sebenarnya saya baru saja siapkan tempe sira pedas ni.. terlanjur beli tempe lebih tadi, terlintas pulak nak buat tempe pedas ni..

Resipi dan cara membuatnya sama juga dengan kerepek ubi pedas, sama ada nak guna udang kering atau ikan bilis, ikut selera sendirilah.. Saya guna udang kering sebab dah malam2 ni, malas nak kopek ikan bilis..

Kalau nak tambahkan kacang tanah goreng juga lagi sedap agaknya.. Next time, saya akan cuba tambah ikan bilis goreng dan kacang tanah goreng ataupun sedikit jintan..

TEMPE SIRA PEDAS

Bahan-bahan
12 keping tempe, hiris nipis dan goreng garing2..toskan
3 sudu minyak untuk menumis
4 sudu serbuk cili kasar
2 sudu air asam jawa (boleh ganti sedikit cuka)
3 sudu gula pasir atau secukup manis
1/2 sudu teh garam
2 sudu air

Bahan-bahan tumbuk
5 biji bawang putih
Segenggam udang kering

Cara :
Panaskan minyak dan gorengkan bahan-bahan yang ditumbuk hingga garing, masukkan serbuk cili dan air asam jawa.. Kacau lagi hingga garing dan naik minyak, baru dimasukkan gula dan garam. Masukkan 2 sudu air untuk hancurkan gula..Kacau rata2.. Bila nampak air gula telah likat, barulah dimasukkan tempe goreng dan kacau rata2 hingga semua bersalut. Padamkan api dan sejukkkan..

Selamat mencuba..

25 October 2010

SUP SAYUR CAMPUR SOTONG


Hidangan yang ringkas juga untuk malam ini.. sup sayur dan ulam daun salad... Sebenarnya, saya lebih suka menggunakan hirisan daging segar atau udang hidup sebagai ramuan sup sayur, tetapi malam ini saya gantikan dengan sotong.. cuba cari kelainan... alhamdulillah, ok juga..

SUP SAYUR CAMPUR

Bahan-bahan
1 paket putik jagung
1/2 batang karot
1 pokok sawi
2 helai kubis
1 biji cili merah
3 ekor sotong
garam, gula secukup rasa
sedikit lada hitam
air secukupnya untuk kuah
minyak untuk menumis
2 biji bawang putih
3 ulas bawang merah

Cara Membuatnya
Sayur-sayuran dipotong ikut suka.. bawang putih dan bawang merah dimayang. Cili merah, dihiris untuk hiasan. Panaskan minyak dan tumiskan bawang2 hingga kekuningan, masukkan sotong. Tambahkan air secukupnya untuk kuah dan masukkan garam gula secukup rasa. Apabila mendidih, masukkan sayur-sayuran bermula dengan karot dan jagung muda. Apabila telah lembut, barulah dimasukkan sayur-sayuran lain. Sesuaikan rasa dan angkat. Sedia untuk dihidangkan...

nota : sebenarnya sup sayur campur ini boleh dipelbagaikan dengan macam2 ramuan dan perasa.. tak perlu nak ikut resipi bulat..
Selamat mencuba..

IKAN GELAMA GORENG BELADO


IKAN KEKEK MAK ELOI-ELOI...
IKAN GELAMA MAK ELAI-ELAI
alamak... dah lupa la pantun ikan gelama ni....

Pertama kali beli ikan gelama segar...selalunya beli ikan gelama masin atau gelama jeruk... Oleh kerana tiada pilihan lain, terpaksalah beli juga... Bolehlah dibuat lauk malam ni... Kali ni saya masak cara ala-ala minang.. goreng belado..


IKAN GELAMA GORENG BELADO

Bahan-bahan
1 ekor ikan gelama, disiang dan dibersihkan, gaul garam kunyit dan goreng garing
1 keping asam gelugur
garam gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan-bahan kisar
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 biji lada merah besar
3 biji cili padi merah

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga garing. Masukkan asam gelugur, garam dan gula secukup rasa. Masak lagi sampai naik minyak dan pekat. Tak perlu ditambah air.. Sesuaikan rasa dan angkat. Letakkan sambal ini ke atas ikan yang telah siap digoreng. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba..

24 October 2010

KEROPOK LEKOR LAGI..






Petang tadi, minum petang dengan keropok lekor...buat sendiri, guna ikan tamban.. import tepung sagu dari Terengganu.. hahaha, baru puas hati, keropok dah menjadi... Berbeza dengan entry saya sebelum ini, kali ini saya cuma gunakan sedikit sahaja tepung sagu iaitu cuma lebihkurang 500gm sahaja dengan kuantiti ikan sebanyak 1kg.. itupun sebab isi ikan tu saya kisar guna blender, kena tambah air.. kalau guna isi ikan yang ditumbuk, kuantiti tepung mungkin kurang dan kualiti keropok makin sedap..  Keropok yang telah siap, boleh direbus dulu sebelum digoreng atau terus goreng dan dimakan panas2 dengan air lada (sos cili buatan sendiri, khas untuk keropok lekor).. Lihat entry saya sebelum ini untuk mendapatkan resipinya..

Selamat mencuba..


23 October 2010

NASI GORENG



Pagi ini, bersarapan berat.. lebihan nasi malam tadi, dimasak nasi goreng .. pelengkapnya keropok goreng (ummi bawa dari kampung) Memang sudah menjadi kebiasaan keluarga kami (orang Terengganu), kalau makan nasi goreng, mee/mihun goreng, mesti nak kena ada keropok goreng... kalau tak ada tak lengkap rasanya..

Masa kecik2 dulu, tiap kali nak masak nasi goreng kena menumbuk cili kering, perisi ikan dan gaulkan ke dalam nasi.. Sekarang dah senang, campur semua bawang dan cili ke dalam blender, dan tekan suis.. Siap untuk menumis.. Nasi goreng pagi ini, sangat simple..campak2 apa yang ada..

NASI GORENG CILI KERING

Bahan-bahan
2 1/2 mangkuk nasi
2 ekor ikan goreng atau ikan rebus, ambil isi dan hancurkan
**beberapa batang kacang panjang, dipotong dadu
**1/2 batang karot, dipotong dadu
**kacang peas hijau
(saya tak guna bahan **, saya gantikan dengan sayur kangkung dan kobis)
sedikit timun dan telur rebus untuk hiasan
kicap manis secukup kegunaan
minyak untuk menumis
1 biji telur

bahan-bahan tumbuk/kisar
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
segenggam ikan bilis
3 biji cili padi
1 sudu cili kering yang dikisar

Cara :
Nasi digaulkan dengan isi ikan dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga garing. Pecahkan sebiji telur dan kacau rata. Masukkan nasi dan sayur-sayuran. Renjiskan kicap secukup kegunaan. Tak perlu tambah garam kerana isi ikan rebus dah masin. Kacau rata-rata hingga nasi goreng cukup masak (nampak dah berasap tu kita dah masaklah nasi goreng tu..) Padamkan api, sedia untuk dihidangkan..

KEROPOK GORENG : Semua orang tahu goreng keropok kan... tak payahlah cerita kat sini..hehehe

GULAI PARU, TAUGEH GORENG DAN SAMBAL BELACAN NENAS





Tengahari tadi, cuma masak gulai paru + tulang, taugeh goreng campur tauhu, sambal belacan dan ulam timun aje..  Paru dan tulang, telah lama tersimpan kat dalam freezer, dah siap gaul rempah2, tinggal tumiskan lada dan tambahkan santan sahaja.. Jadi kerja2 memasak lebih pantas..


GULAI PARU + TULANG

Bahan-bahan

1/2 kg paru, dipotong2

1/2 kg tulang (beli yang dah siap potong)

4 sudu rempah kari

1 batang serai, diketuk

Bahan-bahan kisar

5 biji bawang merah

3 biji bawang putih

1 inci halia

1 inci lengkuas

1 sudu ketumbar


Bahan-bahan lain

2 keping asam gelugur

1 sudu kerisik

garam dan serbuk perasa

Santan secukup kegunaaan


Bahan-bahan untuk menumis

2 sudu lada kisar

rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih)

3 biji bawang merah, dimayang halus

2 biji bawang putih, dimayang halus

1cm halia, dimayang halus

minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya:

Gaulkan paru dengan bahan-bahan kisar, rempah kari dan serai.  Masukkan dalam periuk dan masak sampai kering airnya.  Kemudian tambah lagi air, dan masak sampai paru empuk. Tambah santan, garam, asam gelugur dan akhir sekali kerisik.  

Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan untuk menumis hingga garing. Campurkan ke dalam periuk gulai tadi, dan kacau rata2.  Sesuaikan rasa dan angkat.  Hidangkan dengan nasi putih, roti dan lain-lain.

TAUGEH GORENG

Bahan-bahan 

50 sen taugeh

1/2 batang karot

50 sen kucai, dipotong (saya tak taruk sebab anak2 tak suka)

2 keping tauhu, potong 4 dan goreng

sedikit maggi cukup rasa

segenggam udang kering, direndam (gantikan dengan udang hidup, lagi syiokkk)

1 biji lada hijau, dihiris

minyak untuk menumis

2 biji bawang merah

1 biji bawang putihCara :  

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan udang kering.  Masukkan tauhu dan maggi cukup rasa.  Tambah sedikit air.  Akhir sekali, masukkan taugeh, karot dan cili hijau.  Kacau sebentar dan angkat.  Sedia untuk dihidangkan.

SAMBAL BELACAN NENAS

Tumbukkan 10 biji cili padi, 1/4 sudu teh garam, 1 sudu besar gula dan 1 sudu belacan.  Bila telah lumat, masukkan 1 potong nenas yang telah dicincang halus.  Perahkan sebiji limau nipis. Gaul rata2 dan keluarkan dari lesung.  Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih dan ulam-ulaman.

NASI KERABU


nasi kerabu saya buat malam tadi.. nasi kerabu simple saja, cuma ada keropok goreng dan kuah tumis. Makan dengan ikan kembung bakar tawar.


keropok keping goreng


tumis budu/belacan


sambal kelapa, buat ringkas je.. campur semua sekali dan sangai atas api kecil sampai garing


ikan kembung bakar tawar


ulam-ulaman utk nasi kerabu, ada bunga kantan, pucuk serai kayu, pucuk lempoyang dan daun kunyit..


Resipi ini saya sumbangkan ke Restoran cyber Pak Amir Pak Dollah beberapa tahun dulu... masih ada lagi, dan maklumbalas yang diterima sangat memberangsangkan, alhamdulillah...


Nasi Kerabu Istimewa


Sumber : noraini@antara1.po.my


NASI

4 pot beras

4 pot air

1 batang serai dititik

2 inci kunyit hidup, ditumbuk lumat

sedikit isi cekur, ditumbuk lumat


Cara Memasak Nasi

Beras dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama-sama serai dan kunyit dan cekur.


Cara Menghidang

1. Sendukkan nasi ke dalam pinggan. Letakkkan sedikit sambal kelapa, sambal ikan, cili padi jeruk, tumis budu @ belacan diakhiri dengan ulam. Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, keropok goreng, daging bakar, ayam bakar dan juga ikan goreng celup tepung.

2. Hidangan ini boleh juga dihidangkan bersama lauk-lauk kegemaran yang lain seperti rendang, ayam masak merah, kurma, kerutuk dan lain-lain lauk kegemaran.


SAMBAL KELAPA

½ biji kelapa parut

1 camca the garam

2 camca besar gula

sedikit gula

5 biji bawang merah, ditumbuk lumat

sehiris halia, ditumbuk lumat

10 biji lada hitam, ditumbuk lumat


Cara Menyediakannya

1. Campurkan kesemua bahan dan disangai atas api kecil sehingga agak kering.

2. Kemudian ditumbuk halus tetapi jangan sampai pecah minyak.


SAMBAL IKAN

5 ekor ikan kembung, dibakar dan diambil isinya

5 biji bawang merah

sehiris halia


Cara Menyediakannya

1. Tumbuk bawang merah, halia, garam dan sedkit gula. Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi sehingga hancur.

2. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam kuali dan sangai hingga kering.


CILI PADI JERUK

1. Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai.

2. Campurkan 1 camcateh garam, 2 sudu besar gula dan ½ cawan cuka.

3. Perapkan selama 2 jam, kemudian dikisar tapi jangan terlalu lumat.


TUMIS BUDU @ BELACAN (salah satu saja..)

1 senduk budu @ 2 inci belacan, dibakar

5 biji cili kering

5 biji bawang merah ditumbuk l

2 biji bawang putih

sehiris halia

1 batang serai, dititik

sedikit gula merah dan serbuk perasa, jika suka

½ biji kelapa, ambil santan anggaran 2 cawan

2 sudu air asam jawa


Cara Menyediakannya

1. Didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.

2. Masukkan bahan-bahan tumbuk, budu @ belacan, serai, gula merah dan air asam jawa. Masak lagi hingga pekat dan agak kering.

3. Sesuaikan rasa dan angkat.


ULAM-ULAMAN - kesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh.

2 helai daun kunyit

5 helai daun cekur

1 tangkai bunga halia @ kunyit - jika ada

10 tangkai daun kesum

5 tangkai daun selasih/kemangi

2 batang kangkung

5 batang kacang panjang

1 kuntum bunga kantan

½ biji timun

1 biji bawang besar

5 biji bawang putih jeruk

1 mangkuk kecil taugeh, dibuang ekornya


SOLOK LADA

10 biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji

½ biji kelapa parut putih

5 biji bawang merah

sehiris halia

2 ekor ikan kembung, ambil isinya sahaja

sedikit garam, gula dan serbuk perasa

¼ cawan santan pekat


Cara Menyediakannya

1. Tumbuk bawang dan halia hingga lumat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan akhir sekali ikan. Tumbuk lagi hingga lumat.

2. Campurkan ke dalam kelapa parut dan sebatikan.

3. Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi.

4. Susunkan ke dalam periuk. Tuangkan santan pekat dan rebus hingga kering.


IKAN GORENG CELUP TEPUNG

5 ekor ikan, dibersihkan dan tos

½ cawan tpung beras

sedikit air kapur

sedikit serbuk kunyit

garam secukup rasa

minyak untuk menggoreng


Cara Menyediakannya

1. Bancuh tepung beras bersama air kapur, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Pekat cairnya seperti menggoreng pisang.

2. Panaskan minyak.

3. Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.


OPTION

PS : Hidangan nasi kerabu lebih sedap sekiranya dihidangkan dengan budu mentah begitu saja dengan memerahkan sedikit limau nipis ke dalam budu tersebut dan tak perlu lagi menggunakan tumis budu atau belacan. Jika suka menggunakan kedua-duanya pun tak menjadi masalah.


NASI KERABU - TIPS

From: noraini noraini@antara1.po.my

Untuk pengetahuan, nasi kerabu ada bermacam-macam warna. Nasi putih biasapun boleh digunakan. Paling popular yang warna biru. Kalau kat Kelantan dipanggil nasi kerabu hitam dan yang berwarna kuning dipanggil nasi kerabu tumis. Kalau yang warna biru tu biasanya menggunakan sejenis bunga. Orang disini sebut bunga nasi kerabu... memang khas untuk memasak nasi kerabulah. Rupanya seakan-akan bunga seri pagi yang warna biru tu dan buahnya seperti kacang sepat. Bila dimasukkan ketika nasi mendidih, bunga tersebut akan terus mencair dan menghasilkan nasi berwarna biru. Tapi nasi kerabunya tetap dipanggil NASI KERABU HITAM.


TETAPI, kebanyakan kat bandar-bandar sekarang, mereka menggunakan pewarna biru dan pewarna tu dimasukkan ke dalam periuk bersama-sama beras dan air mengikut sukatan dan tanaklah seperti biasa. Banyak atau sikit tu terpulanglah. kalau suka gelap, letak banyak lah..


SEBENARNYA penggunaan warna tu adalah lebih menyenangkan dan tak payah bersusah payah untuk menumbuk itu ini nak dapatkan warna. Kalau ikut cara orang tua-tua dulu, selain menggunakan bunga nasi kerabu, mereka menggunakan air perahan daun mengkudu atau kunyit & cekur untuk menanak nasi kerana aromanya lebih wangi dan rasanya lebih umphhh. Sebab dulu takde pewarna.


UNTUK MAKLUMAN saudari jugak, menanak nasi menggunakan air perahan daun mengkudu menghasilkan nasi berwarna kelabu dan aromanya juga berlainan dan taklah pahit walaupun daun mengkudu tu pahit.


WALAUBAGAIMANAPUN, saudari bolehlah mencuba mana-mana cara, dan penilaiannya nanti saudari sendiri akan tahu mana yang lebih sedap

22 October 2010

CHAPATI DENGAN KARI DHAL



Pagi ni saya sediakan chapati dengan kari dhal untuk bersarapan.. Minum teh panas.. Sebenarnya tepung atta ni dah beli sejak bulan lepas.. tapi nak buat chapati ni asyik tertangguh2.. Kali ni tak boleh lengah2.. kalau dibiarkan, nanti tepung tu expired pulak.. So, pagi2 lagi saya dah adunkan chapati ni.. dan masak kari dhal.. Kebetulan ada lagi 2 ketul gearbox kambing yang dah siap rebus dalam freezer, so saya campurkan dalam kari dhal saya..

Resipi chapati ni, asalnya dari kawan ummi, suaminya orang pakistan.. tak berapa tepat sukatannya..pakai2 agak2 jer.. sebab dia bercerita pasal chapati ni sambil borak2..

Bahan-bahannya
500gm tepung atta
1 gelas air suam + sedikit garam
2 sudu minyak sapi (saya guna marjerin lembut aje)
1 biji telur ayam

Cara :
Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan. Buat lubang di tengah2, pecahkan telur, taruk marjerin dan tuangkan air suam sedikit demi sedikit sambil diuli sampai sebati. Bentukkan adunan jadi bebola, kemudian digelek tipis2.. Semasa menggelek adunan kena tabur tepung gandum supaya tidak melekat. Bakar atas kuali leper hingga masak. (Kalau nampak dah menggelembung, maknanya dah masaklah..)

KARI DHAL

Bahan-bahan
1 mangkuk kecil kacang dhal - direbus sampai empuk
2 ketul gearbox kambing (dah siap rebus)
1 mangkuk air rebusan
1 cawan santan pekat
2 biji terung bulat, dipotong kecil
1 batang karot, dipotong kecil
4 biji kentang, dipotong kecil
2 biji lada hijau, dipotong2
2 biji tomato, dibelah2
5 biji bendir (saya tak taruk, sbb dah kehabisan stok)
4 batang kacang panjang, dipotong pendek
garam dan serbuk perasa
sedikit air asam jawa (boleh ganti tomato puree)
minyak untuk menumis

bahan-bahan untuk menumis
2 tangkai daun kari
3 biji bawang merah, dimayang halus
2 biji bawang putih, dimayang halus
2 cm halia
2 sudu cili kisar (lebihkan jika suka lebih pedas)
sedikit rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, lawang dan cengkih)
4 sudu serbuk kari

Cara Membuatnya
Kacang dhal, gearbox kambing dan air rebusan dicampurkan ke dalam periuk dan rebus sampai sebati. Masukkan santan, garam, air asam jawa dan serbuk perasa. Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran.

Dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan untuk menumis hingga garing. Tuangkan ke dalam periuk dhal tadi dan tutup. Selepas 5 minit, baru dibuka periuk dan sedia untuk dihidangkan.

nota : untuk lebih sedap lagi, boleh ditambah daging cincang atau daging tetel yang telah siap direbus ke dalam kuah dhal.


SAMBAL TAUHU TEMPE & KENTANG

Satu lagi makanan orang jawa, sambal tauhu, tempe dan kentang.. Menu dinner mlm tadi, balik kerja dah penat.. jadi masak ringkas2 je lah.. kebetulan tengah upload gambar, ada tetamu datang, so saya hold dulu, hari ni baru dapat sambung balik..

SAMBAL TAUHU TEMPE DAN KENTANG

Bahan-bahan
2 keping tempe, potong dadu dan goreng
2 keping tauhu, potong dadu dan goreng
4 biji kentang, potong wedges dan goreng
1 biji lada hijau, dihiris

Bahan-bahan sambal
1 sudu cili kisar
1 sudu air asam jawa
4 biji bawang merah, kisar
2 biji bawang putih, kisar
garam, gula secukup rasa
sedikit kicap manis
Minyak untuk menumis

Cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan2 sambal hingga garing, masukkan tauhu, tempe dan kentang yang siap digoreng dan kacau rata. Sesuaikan rasa, akhir sekali masukkan lada hijau yang dihiris. Sedia untuk dihidangkan..

IKAN GORENG : semua dah tahu kan.. x payahlah saya tulis resipinya.. hehehe

21 October 2010

IKAN PUYU BAKAR AIR ASAM, SUP KENTANG BERTELUR DAN URAP JAWA





Malam ini, menu makan malam simple banget.... nasi putih, urap, sup kentang, ikan selar kuning goreng dan ikan puyu goreng cecah air asam.. Kombinasi makanan tiga negeri, Terengganu, Penang dan Johor.. Ikan Puyu Goreng (plan awal nak bakar tawar), tapi malas pula nak panaskan kuali leper... jadi goreng je lah.. Pelengkapnya ialah air asam Penang style.. Urap dan Sup Kentang adalah menu orang Jawa...

Kebetulan semua bahan dah disiapkan awal2, maka kerja2 memasak jadi lebih pantas...

URAP TAUGEH CAMPUR PEGAGA

Segenggam taugeh

Secekak daun pegaga, dihiris halus

5 helai daun cekur, dihiris halus

1 keping tauhu goreng, dipotong dadu

1 keping tempe goreng, dipotong dadu

Segenggam kelapa parut

6 biji cili padi

3 biji isi cekur

2 biji bawang putih

3 biji bawang merah

Segenggam udang kering

garam secukup rasa

sedikit minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya

Gorengkan cili, bawang dan isi cekur. Kemudian ditumbuk lumat dengan udang kering, campurkan kelapa dan garam secukup rasa. Masukkan ke dalam kuali dan kacau sampai kering sedikit. Campurkan sayur-sayuran, tauhu dan tempe goreng. Kacau rata2 dan angkat dari api. Sedia untuk dihidangkan.

nota : urap ni lebih sedap jika ada daun ubi kayu yang direbus..udang kering boleh digantikan dengan ikan bilis..

SUP KENTANG + TELUR

Bahan-bahan

4 biji kentang, kupas dan hiris nipis2

1/2 batang karot, potong nipis

1 biji telur

segenggam suhun, direndam

1 keping fucuk, direndam

segenggam kimcam, direndam

2 biji bawang putih, dimayang

3 biji bawang merah, dimayang

1 biji lada hijau, dihiris nipis

2 helai daun sup, dihiris halus

sedikit minyak untuk menumis

sedikit lada sulah, garam dan serbuk perasa

Cara Membuatnya

Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan yang dimayang hingga kekuningan. Masukkan kentang, karot dan air secukupnya untuk kuah. Tambahkan garam, lada sulah dan serbuk perasa. Apabila mendidih dan kentang empuk, masukkan fucuk dan suhun. Kemudian pecahkan sebiji telur dan kacau. Sesuaikan rasa. Akhir sekali masukkkan lada hijau dan dihiris. Kemudian bolehlah diangkat dari api dan taburkan daun sup. Bolehlah dihidangkan.

AIR ASAM

2 sudu besar asam jawa + 1/2 cawan air dan perahkan pati yang pekat, campurkan sedikit belacan, garam dan gula secukup rasa. Tambahkan bawang dan cili padi yang dihiris. Perahkan sedikit limau kasturi atau limau nipis. Sedia untuk dihidangkan.

IKAN GORENG

Tumbukkan kunyit hidup, bawang putih dan sedikit halia hingga lumat. Campurkan sedikit lada kisar dan garam. Lumurkan pada ikan dan goreng garing atau ikut kesesuaian. Sedap dimakan panas2.

IKAN PUYU

Ikan puyu disiang dan cuci bersih. Tak perlu dibuang sisik. Kemudian lumurkan dengan tepung gandum yang dicampur air asam jawa. Perap 1/2 jam sebelum dicuci lagi sekali hingga betul2 bersih. Bolehlah dibakar atas bara api atau digoreng hingga masak. Apabila hendak dimakan, barulah dikopek kulitnya.. Hidangkan dengan air asam sebagai pencecah atau budu serta ulam-ulaman...Nyum..nyum..

Selamat mencuba...

20 October 2010

SATAY



Ermmm... hari raya aritu, tak dapat makan satay sbb sakit gigi... Kebetulan, ummi ada bawakan kami satay frozen dari kampung masa dia datang ke Johor baru-baru ni.. dah lama terperap kat freezer, baru hari ni teringat nak makan.. Jadi, petang tadi, bermulalah projek kecahkan dapur....(kebetulan hari ni tak bekerja), masak kuah sate & bakar sate, Saya bakar satay guna kuali roti canai jer, sebelum ni pernah try bakar dalam convection oven... satay jadi kering... guna kuali roti canai ni ok gak.. asap pun takde.. tp dapur berminyak laa..

Bahan-bahan untuk membuat satay ayam

1 ekor ayam (ambil isi dan potong kecil)
garam, gula, serbuk perasa dan serbuk kunyit secukup kegunaan

bahan-bahan kisar
2 biji bawang putih
2 biji bawang merah
2 batang serai
sedikit halia, ketumbar dan jintan
lidi sate secukup kegunaan

Cara :
Mula2 gaulkan ayam dengan garam, gula, serbuk perasa dan serbuk kunyit. Bila dah sebati, campurkan bahan-bahan kisar. Gaul rata2. Kemudian terus dicucuk dengan lidi sate. Perapkan dalam freezer sekurang2nya 4 jam sebelum dibakar.

nota : selepas digaul rencah2, mesti terus dicucuk, baru diperap.. bukan perap dulu baru cucuk, nanti satay jadi masam..

Selamat mencuba.

19 October 2010

LONTONG




Satu lagi hidangan "trademark" Johor iaitu Lontong.. Ada dua variasi lontong iaitu, lontong berkuah dan lontong kering.. Lontong berkuah iaitu set lengkap nasi impit/ketupat dengan sayur lodeh dan sambal tumis dan telur rebus atau lain2, manakala lontong kering ialah set lengkap nasi impit/ketupat, sambal goreng jawa, serunding, sambal tumis atau rendang..

Selain ketupat daun kelapa atau ketupat segera, nasi impit yang biasa digunakan dalam penyediaan lontong yang original adalah dimasak dalam daun pisang, dan banyak dijual di pasar2 basah di sini.

Lontong bukan sahaja menjadi menu wajib bagi setiap rumah di negeri Johor apabila tiba musim perayaan, tetapi juga salah satu menu sarapan pagi di setiap warung2 di negeri ini.

Hari ni, teringin benar nak makan lontong.. Saya sebenarnya kurang gemar lontong berkuah lodeh, saya lebih suka lontong kering.. tapi, hari ini teringin benar.. Mungkin sebab kurang sihat citarasa pun berubah... hehehe.. Walaupun tengah sakit kepala (High BP), saya masuk dapur, terus tanak nasi impit..... siapkan bahan2 untuk kuah lodeh, sambal udang dan sambal kacang.. Ada pulak satay kat freezer, saya keluarkan.. terus call husband, supaya belikan bahan2 untuk masak sayur lodeh.. Walaupun tak complete, ok lah buat lepas kempunan...

LONTONG

Bahan-bahan
Nasi impit daun pisang (beli ready mix kat KipMart) atau nasi impit di tanak sendiri..
Sambal tumis ikan bilis / sambal udang (untuk resipi sambal tumis ikan bilis, boleh rujuk resipi saya sebelum ini)
Sambal kacang
Sayur lodeh
Telur rebus - jika suka

Bahan-bahan untuk sayur lodeh
4 batang kacang panjang
2 helai kobis
2 keping tempe, dipotong kecil dan digoreng
2 keping tauhu, dipotong kecil dan digoreng
1/2 batang karot, dipotong bulat2 atau bentuk bunga
1 biji terung bulat
sedikit fucuk dan suhun (direndam)
10 ekor udang basah
1 biji bawang besar
2 biji lada hidup
1 batang serai, diketuk
sedikit minyak untuk menumis
santan secukup kegunaan
garam secukup rasa

bahan-bahan tumbuk
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1cm lengkuas
1cm kunyit hidup

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk hingga garing, masukkan udang dan serai, kacau sebentar, baru dimasukkan santan dan sayur-sayuran. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak. Tambah garam secukup rasa.

Bahan-bahan untuk sambal kacang
1 cawan kacang tanah yang dikisar
1/2 cawan santan pekat
garam dan gula melaka secukup rasa
sedikit air asam jawa
minyak untuk menumis
setengah sudu teh jintan putih + jintan manis

Bahan-bahan kisar
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
2 sudu cili kering yang telah dikisar
2 biji buah keras
1 batang serai
sedikit lengkuas
2 sudu udang kering

Cara Membuatnya
Panaskan minyak, tumiskan jintan hingga naik bau. Masukkan bahan-bahan kisar dan kacau sampai garing. Masukkan garam dan gula dan terus kacau sampai naik minyak merah. Baru dimasukkan kacang, air asam jawa dan santan. Masak sampai pekat. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

Bahan-bahan untuk sambal udang
500 gm udang, dikopek kulit dan belah belakang (gaul sedikit garam kunyit)
2 labu bawang besar, dimayang
sedikit air asam jawa
garam, gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan-bahan kisar
5 biji bawang putih
10 biji bawang merah
1 senduk cili kisar
1 batang serai
2 biji buah keras
sedikit belacan - jika suka

Cara-cara
Panaskan minyak dan gorengkan udang sehingga masak. Ketepikan. Dalam minyak yang sama, gorengkanbawang besar hingga garing, masukkan bahan-bahan kisar. Kacau hingga garing dan naik minyak, kemudian tambahkan garam, gula dan air asam jawa. Akhir sekali, masukkan udang yang telah digoreng tadi. Kacau sebentar dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.

Cara menyediakan lontong
Masukkan secukupnya ke dalam mangkuk, campurkan sayur lodeh, sedikit sambal kacang, sambal tumis dan telur rebus. Sedia untuk dihidangkan.

nota :
sebenarnya kita boleh hidangkan lontong dengan macam-macam jenis lauk yang kita suka seperti ayam masak kicap, masak merah , rendang dan sebagainya.. Tepuk dada tanya selera..
untuk hidangan lontong kering, tambahkan sedikit serunding kelapa dan gantikan sayur lodeh dengan sambal goreng jawa (sila rujuk resipi sambal goreng jawa di dalam resipi nasi ambeng)

Selamat mencuba..

TAUHU TEMPE TUMIS KICAP


TAUHU TEMPE TUMIS KICAP

Saya namakan tauhu tempe tumis kicap sebab tak cukup bahan nak wat sambal goreng jawa... tp licin juga sepiring malam ni.....hehehe, orang jawa jangan marah deh.....

Bahan-bahan
2 keping tempe, hiris nipis dan goreng
2 keping tauhu, potong kecil dan goreng
4 biji kentang, potong dadu kecil dan goreng
segenggam ikan bilis
minyak untuk menumis
kicap secukup keperluan

bahan-bahan dimayang halus
2 labu bawang besar
5 biji bawang putih
2 batang serai
1 inci lengkuas muda
10 biji cili padi

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dimayang dan ikan hingga garing. Masukkan semua bahan dan juga kicap. Kacau rata2, sesuaikan dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.

Nanti saya uploadkan gambar dan resipi sambal goreng jawa yg sedap banget..

Selamat mencuba...

18 October 2010

IKAN CENCARU GORENG



Menu yang simple malam ini, cencaru goreng, sayur kubis masak bening dan tauhu tempe tumis kicap. Masakan orang melayu kelate plus ala2 jawa gitu.... Almaklum, satu rumah dua negeri... kena pandai wat kombinasi... hehehe

Untuk ikan cencaru, senang jer.. tak payah buka jaketnya (kita orang Pantai Timur memang tak suka buka jaket ikan ni, sian... nanti sejuk.. hehehe)

Bahan-bahan
4 ekor ikan cencaru, belah belakang, keluarkan perut dan insangnya kemudian dicuci bersih
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan tumbuk
1 inci kunyit hidup
3 biji bawang putih
1 sudu kecil garam
1 sudu besar cili serbuk kasar
1 biji bawang besar dicincang

Cara-cara
Campur semua bahan2 tumbuk dan sumbat ke dalam perut ikan melalui belahan belakangnya. Perap 10 minit, kemudian digoreng hingga garing. Nak lagi sedap, balutkan dengan daun kunyit sebelum digoreng..

SAYUR KUBIS MASAK BENING

Bahan-bahan
Kubis, dipotong2
2 ulas bawang putih, dihiris
3 ulas bawang merah, dihiris
1 biji lada merah, dihiris (saya tak taruk sbb takut anak2 pedas)
sedikit ikan bilis
garam secukup rasa
air secukupnya
1 helai daun kunyit atau 2 helai daun cekur (jika suka - untuk mewangikan)

Cara-cara
Didihkan air, campurkan bahan2 yang dihiris dan ikan bilis. Masukkan kubis, garam dan daun kunyit atau daun cekur. Bila kubis telah separuh layu, sesuaikan rasa dan angkat.

nota : selain kubis, sayur2 lain seperti bayam, sawi, taugeh + tauhu, pucuk manis, putik jagung pun sesuai dimasak begini..

Selamat mencuba...

STEW KAMBING


Saya tak pernah masak stew kambing ni.. Tapi selepas merasa masakan ini di rumah adik saya masa masa open house & doa selamat sempena aqiqah anakndanya pada raya lepas, terus terpikat.. Lepas tu mulalah saya merisik kabar, apa bahan2 yang digunakan utk memasak stew kambing ni.. Dan hasilnya, beginilah resipinya...

STEW KAMBING

Bahan-bahan
1 kg daging kambing (bahagian bertulang & berlemak)
3 inci halia, ditumbuk kasar
1 labu bawang putih, ditumbuk kasar
2 -3 biji bawang besar, dicincang halus
3 biji tomato
1 batang seleri, dipotong2
1 batang karot, dipotong 2
1 tin kecil tomato puree
1 pokok daun ketumbar, dihiris-hiris
1 sudu besar lada hitam (boleh tambah jika suka lebih pedas)
sedikit oregano atau rosmary (saya guna ketumbar jintan - citarasa melayu..)
garam dan serbuk perasa secukup rasa
4 sudu minyak masak

Cara Membuatnya
Gaulkan daging kambing dengan bawang putih, halia dan lada hitam. Perap setengah jam. Panaskan minyak dan gorengkan daging tadi sebentar (cukup setakat berubah warna). Ketepikan. Dalam minyak yang sama, gorengkan bawang besar dan seleri hingga layu. Masukkan kembali daging yang telah digoreng tadi, tomato dan rempah2 (oregano/rosmary atau ketumbar jintan). Tutup periuk dan kecilkan api. Kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah kering, tambahkan air secukupnya dan masak sampai daging empuk, iaitu kira-kira satu hingga satu setengah jam. Setelah empuk, campurkan semua bahan-bahan lain dan sesuaikan rasa. Masak hingga pekat. Sedap dimakan dengan roti atau nasi.

Selamat mencuba

16 October 2010

SUP AYAM


Satu lagi hidangan kegemaran family saya ialah sup ayam. Ada beberapa cara untuk menyediakan sup ayam iaitu sama ada ditumis dulu rempah ratusnya ataupun tumis darat iaitu, tumisannya dimasukkan diakhir sekali sebelum sup dihidangkan. Lain orang, lain cara mereka memasak sup.. terpulang pada citarasa masing-masing.

Biasanya saya masak sup ayam simple saja iaitu ;-

SUP AYAM PEKAT

Bahan-bahan
1 ekor ayam, dipotong kecil
3 biji kentang, dibelah 4
1 batang karot, dipotong kiub
Air secukupnya untuk dibuat kuah
Garam dan serbuk perasa
minyak untuk menumis
sedikit rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih)

Bahan hiasan/perasa tambahan
Daun sup, daun bawang, cili padi dimayang halus
bawang goreng
Limau nipis untuk airnya

Rempah sup (dikisar lumat)
1 sudu ketumbar biji
1/2 sudu jintan putih
1/2 sudu jintan manis
2.5 inci halia
5 biji bawang putih
10 biji bawang merah
2 biji buah keras
1 sudu lada hitam - lebihkan jika suka
1 batang akar daun ketumbar

Cara menyediakannya
Panaskan minyak, tumiskan rempah tumis hingga wangi, masukkan bahan-bahan kisar dan kacau hingga garing dan pecah minyak. Masukkan ayam, kentang dan karot. Kacau hingga ayam mengecut, baru ditambah air secukupnya untuk kuah. Tambahkan garam dan serbuk perasa. Masak hingga mendidih dan tunggu hingga ayam, kentang dan karot telah empuk, teruskan mereneh sup sekurang-kurangnya setengah jam sebelum sedia dihidangkan. Taburkan bahan-bahan hiasan dan hidangkan panas2.

SUP AYAM SIMPLE (TUMIS DARAT)

Bahan-bahan
1 ekor ayam, dipotong kecil
1 batang akar daun ketumbar
3 inci halia, diketuk
1 labu bawang putih, diketuk
1 sudu lada hitam
2 paket rempah sup bunjut
3 biji kentang, dipotong 4
1 batang karot, dipotong kiub
Air secukupnya untuk kuah

Bahan-bahan untuk menumis
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 cm halia
rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih)
1 sudu kecil jintan putih serbuk
minyak untuk menumis

Cara menyediakannya
Dalam periuk, campurkan ayam, kentang, karot, rempah sup bunjut, akar daun ketumbar, bawang putih, halia, garam dan lada hitam. Tambah sedikit air dan masak sampai ayam kecut. Kemudian tambah air secukupnya dan masak hingga mendidih dan ayam serta kentang juga karot telah empuk. Kemudian renehkan sekurang-kurangnya setengah jam.

Dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan untuk menumis hingga wangi dan bawang telah garing. Tuangkan tumisan ke dalam sup yang sedang direnehkan dan tutup periuk. Padamkan api dapur. Selepas 5 minit baru dibuka dan bolehlah ditaburkan bahan-bahan hiasan sebelum dihidangkan panas2.

Selamat Mencuba..

NASI LEMAK


Anak2 saya memang suka makan nasi lemak, terutama anak yang sulung. Setiap hari, sepulangnya dari sekolah agama, mesti makan nasi lemak.. Jadi setiap hari jugalah, sebelum pergi kerja, saya akan belikan sebungkus nasi lemak untuknya..

Pagi ini, tiada sarapan nasi lemak.. Saya cuma sediakan roti canai dan karipap untuk sarapan pagi. Tengah hari pula, kami keluar shopping barangan dapur dan terus makan tengah hari kat luar. Malam pula, anak sulung saya mintak nasi lemak.. Jadi sebelum mereka tertidur sebelum sempat makan, saya pun bergegas ke dapur, prepare apa yang patut untuk memasak nasi lemak..

Saya sebenarnya suka makan nasi lemak berlaukkan ikan aye tumis (ikan tongkol) tetapi kali ini, saya masak nasi lemak yang simple bangat, cuma telur rebus dengan sambal tumis ikan bilis sahaja.. tak ada timun, saya gantikan dengan kacang panjang.. Di sini saya kongsikan resipi nasi lemak yang selalu saya sediakan untuk keluarga saya..

Nasi Lemak

Bahan-bahan
3 pot beras siam
1/2 biji kelapa, ambil santan 3 1/2 pot
secubit garam
2 helai daun pandan
2 biji bawang merah, dimayang
1 cm halia, dimayang,
1 sudu kecil halba, jika suka

5 biji telur direbus, dan dibelah 2

Bahan-bahan untuk sambal tumis (dikisar lumat)
5 biji bawang putih
7 biji bawang merah besar
20 biji cili kering
2 biji buah keras
1 sudu kecil belacan

2 biji bawang besar dimayang
5 sudu besar minyak untuk menumis
1/2 cawan pati santan
1 mangkuk kecil ikan bilis yang siap dibelah
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
3 sudu air asam jawa

Cara Memasak Nasi
Beras dicuci bersih dan masukkan ke dalam periuk bersama santan, garam dan daun pandan. Masaklah hingga mendidih dan kering airnya. Tutup periuk dan kecilkan api. Selepas 15 minit, atau setelah nasi masak, barulah dikarih2 dan dipadamkan api. Tutup kembali periuk, selepas 5 minit baru dibuka untuk mengelakkan nasi melekat kat periuk.

nota : saya tidak menggunakan bawang, halia dan halba atas permintaan anak2..

Cara Memasak Sambal Tumis
Panaskan minyak dan goreng bawang besar yang dimayang sampai kuning, masukkan ikan bilis. Bila ikan bilis dah garing, baru dimasukkan bahan-bahan kisar dan terus dikacau sampai garing. Masukkan gula, garam dan air asam jawa. Kacau hingga naik minyak. Akhir sekali, masukkan pati santan. Bila sambal mendidih dan pekat, sesuaikan rasa dan angkat. Sedia untuk dihidangkan. Hidangkan nasi lemak dengan sambal tumis, telur rebus, timun atau kacang panjang. Selamat mencuba.